Khamis, 10 Disember 2009

Coretan Pembinaan Bilik PPDa SMK Kedai Buloh

Perlantikan sebagai Guru SU PPDa adalah satu tugasan dan tanggungjawab yang berat.Tanpa pengalaman jitu, dengan tugasan sedia ada berdepan dengan kerenah dan keletah murid-murid,pada mulanya aku terasa keseorangan.Siapa lah tempat aku pohon ikhsan bantuan.Nak mula di mana?Apa yang perlu dibuat?Apa pula skop kerja sebagai SU PPDa? Ada peruntukankah? Itulah padahnya bila guru tak berapa nak ambil tahu tugasan sampingan lain selain tugas dalam kelas.

Bilik khas? Mana ada! Sekolah aku ni besar tapi tak ada bilik kosong.Aku jadi pengintip,mana-mana sekolah yang aku datangi pasti ku intai rupa paras bilik PPDanya.Bilik dan lokasi yang macam mana ?

Dapat idea! Alhamdulillah,sokongan kuat Pengetua,PKP,PKHEM,Kaunselor dan rakan-rakan lain,dapatlah satu bilik kelas.Terpaksa dikosongkan.Tiada tingkap.Kerusi meja,seadanya saje.Kena bermula dari ........kosong bukan 1,2 atau 3

Baru nak mula, Pegawai Unit PPDa JPN dan PPD Kota Bharu nak datang,nak tengok bilik.

Kosong. aku rasa terkilan.tugas ......belum mula

Kaunselor, Pn Syiqin dan Abe Ya bantu tubuhkan AJK Kecil JK Kerja Bilik PPDa dan dengan bantuan pasukan KRS, kami berkampung 3 minggu di sekolah untuk penyediaan bilik dan bahan pameran pendidikan anti dadah.Pelbagai bahan : poster,buku skrap, model,pamplet, rencana, karya kreatif, koleksi gambar, mural dan pelbagai wording kempen anti dadah berjaya disiapkan. Comel pulak tu.Macam tak percaya pulak. Baru aku sedar dan insaf setiap tugasan dan amanah untuk guru harus dilaksana secara kolektif;

hasilnya,

Bilik Sumber PPDa SMK Kedai Buloh terpilih mewakili Daerah Kota Bharu ke peringkat negeri Kelantan

Sekolah Perintis Program Sekolah Gemilang Antidadah(SEGAK) Daerah Kota Bharu

Model Bilik PPDa daerah Kota Bharu



Terima kasih yang tidak terbalas untuk;

Pengetua dan barisan pentadbiran sekolah,
Kaunselor,AJK Kerja PPDa,
ahli SLAD SMK Kedai Buloh 2009





1 ulasan:

mona berkata...

pengalaman tu sangat penting