Selasa, 16 Februari 2010

Terima Kasih AJK 2009

Terima kasih atas segala kerjasama yang dicurahkan.

Keahlian 2010 akan dibuka sepanjang tahun.
Tiada tarikh tutup untuk anda memberi sumbangan kepada usaha pendidikan pencegahan dadah(PPDa) kerana usaha pihak Unit PPDa SMK Kedai Buloh juga tidak bernoktak selaras dengan usaha yang dilaksanakan pada peringkat KPM.


Sebahagian AJK Bilik Sumber PPDa 2009



 
AJK Program Sekolah Gemilang Antidadah (SEGAK)2009 Daerah Kota Bharu
Pn.Norasyiqin(Kaunselor),En Mhd Nasir(SU PPDa) ,En Nik Mustapha(YDP PIBG)
En Aziz(SU SEGAK),Ybhg Penghulu Mukim Kedai Buloh,
En Masri(AADK Kota Bharu),En Wan Salim(Peg.PPDa PPD Kota Bharu)
Ybhg Ketua Balai Polis Badang, YBrs Pengetua SMK Kedai Buloh

Rabu, 13 Januari 2010

One Stop PPDa SMK Kedai Buloh

Maklumat awal dan segera,serba sedikit boleh memberi luang masa para pelajar untuk mengetahui mesej PPDa.Terletak berhampiran Dewan Alfa, dan Makmal Sains

Khamis, 31 Disember 2009

Kraftangan Antidadah Pelajar SMKKBh




Terima kasih ;
Kerjasama,
kreativiti,
kesungguhan
dan
komitmen

  1.      kraf batik
  2.      kraf anyaman
  3.      kraf paper bag
  4.      koleksi warisan

Sumbangan kalian  tiada ternilai

Sabtu, 26 Disember 2009

Bilik PPDa Kini


Bahana  Dadah :

Bilik PPDa Kini




Bilik ini telah hampir siap dibina dengan kerjasama erat Pegawai Unit PPDa JPN En Salim Daim, Unit PPDa PPD Kota Bharu En Wan Salim,Pegawai-pegawai AADK Kota Bharu,PIBG SMK Kedai Buloh, Pengetua dan seluruh warga SMK Kedai Buloh.

Lawatan ke sini diharap mampu mendatangkan impak yang berkesan tentang;
- pengetahuan jenis-jenis dadah,kemusnahan hidup akibat dadah, rantai perangkap dadah dan sebagainya.
- kempen anti rokok; kesan dan keburukan merokok
- kesan HIV/AIDS dan kempen AIDS

Juga harapan kami bilik ini menjadi wadah aktiviti dan sumbangan para pelajar terhadap kempen anti dadah.

Rabu, 16 Disember 2009

Terima kasih AADK dan PPD Kota Bharu

Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan.
Semoga usaha pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah ini dan masyarakat sekitar mampu membendung dan mangatasi permasalahan yang berkaitan..
Tidak lupa juga pihak PDRM Badang,Jab Kesihatan, PIBG ,PEMADAM

Ahad, 13 Disember 2009

Selamat menjenguk ke Jendela PPDa SMK Kedai Buloh

Laman ini dibina seadanya buat tatapan para pelajar sekolah ini, masyarakat sekitar, dan secara amnya seluruh pelawat blog.

Andaikata, terdapat sebarang kekurangan,kecurangan,kejelikan,kelemahan atau kecacatan, pihak kami pohon ribuan kemaafan dan bersedia memperbaikinya.

Besarlah harapan kami agar Laman ini menjadi suatu sumber pembelajaran, pengiktibaran,dan pendokumentasian pengalaman serta perkongsian ilmu dan amalan murni.

Kami sedar media blog adalah media yang amat popular dapa zaman ini, jadi kesempatan ini kami ambil semoga kami juga mendapat sedikit ganjaran daripada Yang Maha Esa dalam usaha mendidik para pelajar dalam pembangunan insan negara.